Buat baik berpada pada
Takut ada terhutang budi
Walau senyum suatu pahala
Jangan sampai di salah erti
<span class="fullpost">
Melompat riang si anak kancil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil di kutip di akhirat nanti
Harum sekuntum mekar sejambak
Taman raudhah berpagar iman
Limpahan hidayah tercurah melambak
Malang sedikit membekas berkesan
</span>
Baca lagi...
10/12/2011
03/12/2011
Sajak 'Guru Oh Guru"
BERBURU ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) <span class="fullpost"> Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979</span> | ||||||||
Baca lagi...
Gurindam Melayu
Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal dari perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama. <span class="fullpost">
Antara gurindam yang mahsyur ialah ‘Gurindam 12 Raja Ali Haji’.
GURINDAM 12 RAJA ALI HAJI
Gurindam 12 – Fasal 1 barang siapa tiada memegang agama barang siapa mengenal yang empat maka yaitulah orang yang makrifatsekali-kali tiada boleh dibilangkan nama barang siapa mengenal Allah suruh dan tegahnya tiada ia menyalah barang siapa mengenal diri maka telah mengenal akan tuhan yang bahri barang siapa mengenal dunia tahulah ia barang yang terperdaya barang siapa mengenal akhirat tahulah ia dunia mudharat Gurindam 12 – Fasal 2 barang siapa mengenal yang tersebut barang siapa meninggalkan sembahyangtahulah ia makna takut seperti rumah tiada bertiang barang siapa meninggalkan puasa tidaklah mendapat dua termasa barang siapa meninggalkan zakat tiada hartanya beroleh berkat barang siapa meninggalkan haji tiadalah ia menyempurnakan janji Gurindam 12 – Fasal 3 apabila terpelihara mata apabila terpelihara kupingsedikitlah cita-cita khabar yang jahat tiadalah damping apabila terpelihara lidah niscaya dapat daripadanya faedah bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan daripada segala berat dan ringan apabila perut terlalu penuh keluarlah fi‘il yang tiada senonoh anggota tengah hendaklah ingat di situlah banyak orang yang hilang semangat hendaklah peliharakan kaki daripada berjalan yang membawa rugi Gurindam 12 – Fasal 4 hati itu kerajaan di dalam tubuh apabila dengki sudah bertanahjikalau zalim segala anggota pun rubuh datang daripadanya beberapa anak panah mengumpat dan memuji hendaklah pikir di situlah banyak orang yang tergelincir pekerjaan marah jangan dibela nanti hilang akal di kepala jika sedikit pun berbuat bohong boleh diumpamakan mulutnya itu pekung tanda orang yang amat celaka aib dirinya tiada ia sangka bakhil jangan diberi singgah itulah perompak yang amat gagah barang siapa yang sudah besar janganlah kelakuannya membuat kasar barang siapa perkataan kotor mulutnya itu umpama ketor di manatah tahu salah diri jika tiada orang lain yang berperi pekerjaan takbur jangan direpih sebelum mati didapat juga sepih Gurindam 12 – Fasal 5 jika hendak mengenal orang berbangsa jika hendak mengenal orang yang berbahagialihat kepada budi dan bahasa sangat memeliharakan yang sia-sia jika hendak mengenal orang mulia lihatlah kepada kelakuan dia jika hendak mengenal orang yang berilmu bertanya dan belajar tiadalah jemu jika hendak mengenal orang yang berakal di dalam dunia mengambil bekal jika hendak mengenal orang yang baik perangai lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai Gurindam 12 – Fasal 6 cahari olehmu akan sahabat cahari olehmu akan guruyang boleh dijadikan obat yang boleh tahukan tiap seteru cahari olehmu akan isteri yang boleh menyerahkan diri cahari olehmu akan kawan pilih segala orang yang setiawan cahari olehmu akan abdi yang ada baik sedikit budi | Gurindam 12 – Fasal 7 apabila banyak berkata-kata apabila banyak berlebih-lebihan sukadi situlah jalan masuk dusta itulah tanda hampirkan duka apabila kita kurang siasat itulah tanda pekerjaan hendak sesat apabila anak tidak dilatih jika besar bapanya letih apabila banyak mencacat orang itulah tanda dirinya kurang apabila orang yang banyak tidur sia-sia sahajalah umur apabila mendengar akan khabar menerimanya itu hendaklah sabar apabila mendengar akan aduan membicarakannya itu hendaklah cemburuan apabila perkataan yang lemah lembut lekaslah segala orang mengikut apabila perkataan yang amat kasar lekaslah orang sekalian gusar apabila pekerjaan yang amat benar tiada boleh orang berbuat honar Gurindam 12 – Fasal 8 barang siapa khianat akan dirinya kepada dirinya ia aniayaapalagi kepada lainnya orang itu jangan engkau percaya lidah suka membenarkan dirinya daripada yang lain dapat kesalahannya daripada memuji diri hendaklah sabar biar daripada orang datangnya khabar orang yang suka menampakkan jasa setengah daripada syirik mengaku kuasa kejahatan diri sembunyikan kebajikan diri diamkan keaiban orang jangan dibuka keaiban diri hendaklah sangka Gurindam 12 – Fasal 9 tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan kejahatan seorang perempuan tuabukannya manusia ia itulah syaitan itulah iblis punya penggawa kepada segala hamba-hamba raja di situlah syaitan tempatnya manja kebanyakan orang yang muda-muda di situlah syaitan tempat bergoda perkumpulan laki-laki dengan perempuan di situlah syaitan punya jamuan adapun orang tua yang hemat syaitan tak suka membuat sahabat jika orang muda kuat berguru dengan syaitan jadi berseteru Gurindam 12 – Fasal 10 dengan bapa jangan durhaka dengan ibu hendaklah hormatsupaya Allah tidak murka supaya badan dapat selamat dengan anak janganlah lalai supaya boleh naik ke tengah balai dengan isteri dan gundik janganlah alpa supaya kemaluan jangan menerpa dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kapil Gurindam 12 – Fasal 11 hendaklah berjasa hendaklah jadi kepalakepada yang sebangsa buang perangai yang cela hendak memegang amanat buanglah khianat hendak marah dahulukan hujjah hendak dimalui jangan memalui hendak ramai murahkan perangai Gurindam 12 – Fasal 12 raja mufakat dengan menteri betul hati kepada rajaseperti kebun berpagar duri tanda jadi sebarang kerja hukum adil atas rakyat tanda raja beroleh inayat kasihkan orang yang berilmu tanda rahmat atas dirimu hormat akan orang yang pandai tanda mengenal kasa dan cindai ingatkan dirinya mati itulah asal berbuat bakti akhirat itu terlalu nyata kepada hati yang tidak buta |
</span>
.
Baca lagi...
29/11/2011
Pantun Nasihat
23 Mei, 2007 (Sumber http://istimewa2u.blogspot.com) |
Pantun nasihat |
Pergi kehutan mengutip pegaga Pegaga tumbuh di dalam paya Hendak lari mulut naga Termasuk pula kemulut buaya. Buah berangan buah bidara Ranting tersangkut dihadapan pintu Bersubang ku sangka dara Bermisai berjanggut kenapa begitu Berkubang di lubuk batu Berlengging dalam perahu Orang bersubang dia begitu Orang GAY dia tak tahu Burung didik terbang di awan Mudia belia menangkap ikan Baik-baik bila berkawan Akhlak mulia mesti diutamakan Dalam lubuk banyak toman Sekali bah mudik ke rawa Ustaz sibuk menjual iman Duduk menyembah menteri dewa Batang beremban ditarik kuda Kuda meringgit hendak makan Burung terbang dipipiskan lada Guruh dilangit tempayan dicurahkan Menanggung dosa itu berat Walau pun pada orang yang alim Wajib manusia menutup aurat Terutamanya pada wanita muslim Hari raya hari yang berkat Bermaaf-maafan sesama saudara Hai maknusia bulatkan tekad Perintah Allah laksanakan segera Puasa itu satu perintah Oleh Allah yang maha perkasa Perintah itu jangan dibantah Wajibnya itu pada yang berkuasa Sehari sudah lesu berpuasa Hidangan berbuka sudah tersedia Jangan kamu membazir masa Mulai beribadat semasa belia Fitnah itu tiada ampunnya Kerana dosa sesama manusia Mulut celupar mudah luahnya Janganlah dibuat kerja sia-sia |
Baca lagi...
26/11/2011
Kata Nama
KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
Baca lagi...
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
Baca lagi...
16/10/2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pages
Powered by Blogger.